Hari ini:1 September 2009
Semalam: 31 Ogos 2009
Semalam Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-52..
Bangga rasanya bila dapat menyertai sambutan kali ini diperingkat kebangsaan.
First time tu..
yeah~
31 OGOS 2009:
Seperti biasa, kalau ada acara2 besar macam ni, semua orang kena bersiap awal.
KAMI jugak tak terlepas dari situasi itu.
Semuanya bermula seawal jam 5.00 pagi pada bulan Ramadhan, dikala semua orang sedang enak menjamu selera untuk sahur.
KAMI pula sedang sibuk bersiap untuk menyertakan diri dalam acara bermakna dalam bulan
ini.
Tahun ini paling berlainan sekali,sambutan berlangsung di Parlimen. Ini semua gara2 penyakit yg paling digeruni oleh manusia hari ini iaitu,H1N1..Kononnya, kalau buat di dataran, manusia akan jadi lebih ramai,lebih mudah lah untuk penyakit tersebut merebak..
Tp, ianya langsung tidak mematahkn semangat patriotik KAMI yg membuak2 pada hari itu.
Selain dari elaun yang bakal diperolehi, serta pemberian barang2 keperluan yg melimpah ruah, saya secara ikhlas ingin menyatakan disini saya memang bersemangat pada pagi itu untuk menyertakan diri dan juga dengan rela hati mengorbankn hari cuti saya demi hari yang bermakna ini.
Tibanya di sana, ramai mata2 yang memandang kami dengan pelik mungkin..
Tak dapat digambarkan sebab apa..
Tp, mungkin sebab KAMI la kontinjen yg berani memakai baju tradisional melayu ditambah pula dgn warna yg cukup garang dan menonjol..
Tak mengapa,itu sebenarnya bonus bagi KAMI sebenarnya agar tampak lebih menonjol dari org lain.. (haishh~ sungguh riak kata2 itu)
Akhir sekali,
SELAMAT HARI MEDEKA YANG KE-52!
MERDEKA..
MERDEKA..
MERDEKA..
Oleh itu,
Hari semalam : sangat seronok..
Hari ini : buat-buat seronok..
(malas mahu pergi keje)
Dengan ini,
Saya telah menyediakan beberapa foto untuk tontonan anda pada sambutan hari semalam :)



